Monday, February 21, 2011

Opinion

Dalam hidup ni, terdapat berbagai-bagai ragam manusia. Jadi semestinya ramai orang akan mempunyai pendapat yang berbeza, kadangkala mereka ni semua berfikir yang pendapat masing-masing betul. Sebab dalam hidup ni sentiasa banyak pilihan bukan satu sahaja. Itu namanya "variety."Kalau tak ada, hidup ni semestinya bosan. Tapi apa yang penting disini adalah bagaimana kita menerima pendapat seseorang itu. Bukan lah asyik nak membangkang sahaja. Kalau salah tak mengapa. Perkara yang tak sepatutnya apabila pendapat tu bukan lah salah tapi ianya cuma pilihan. Yelah, dalam hidup ni bukan satu pilihan  sahaja, nak jadi baik pun bukan satu jalan sahaja. Banyak cara..kadang-kadang tak paham dengan orang yang sentiasa fikir pendapat dia sahaja yang betul, itu terpulang lah kepada orang yang mendengar samada untuk menerima atau tidak. Tak salah bagi seseorang itu untuk mengutarakan pendapat mereka. Hidup kena berdemokrasi. Kita mesti sentiasa hormat dengan cadangan ataupun pendapat orang lain..mungkin pendapat yang diberikan berdasarkan pengalaman. Jadi semua itu terpulang kepada diri seseorang individu. Cukuplah sekadar memberi pendapat. Tak perlu sampai nak menunjukkan pilihan yang ada itu salah padahal ianya cuma sekadar pilihan.  Perkara yang paling penting pilihan tu bukan perkara yang tak baik tapi baik. Walaupun pendapat itu salah sekali pun, kita cuma perlu berikan pendapat yang sebaiknya..bukan menolak habis-habisan. Ini adalah pendapat saya. Hidup kena demokrasi. Kalau kita asyik nak bangkang sahaja susahlah. Macam kita hidup bermasyarakat bukan semua orang setuju dengan undang-undang negara. Tapi  disebabkan penerimaan pendapat demi keamanan sejagat, maka, perasaan hormat-menghormati itu penting. Kalau tak, hancur negara sebab masing-masing nak ikut rentak masing-masing. Kalau nak jugak, sila buat negara sendiri dan undang-undang sendiri.

# Peace :)

No comments:

Post a Comment